Saham

Selasa, 21 Ogos 2012

Bagaimana Nabi SAW dalam menyambut Aidilfitri?

Di antara sunah Nabi s.a.w. dalam menyambut Hari Raya umat Islam ini adalah dengan banyak bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil seawal bermulanya malam 1 Syawal. Ia dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama keluarga. Bahkan pada zaman Rasulullah s.a.w., takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

Kita patut membersih atau mengemas diri seperti menggunting rambut di bahagian kepala dan anggota badan agar tampil kemas, segak dan bergaya pada hari raya mulia. Dalam hal ini, bau-bauan yang harum seperti minyak wangi, atar dan sebagainya juga digalakkan bagi meraikan hari mulia ini.

Mandi juga di sunatkan pada pagi 1 Syawal sebagaimana dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar di dalam kitab al-Muwatta', bahawa Rasulullah s.a.w. mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bertolak ke masjid.

Disunatkan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Hadis Anas bin Malik yang menjelaskan bahawa:-

Baginda s.a.w. makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Acara yang paling kemuncak pada Hari Raya Aidil Fitri ini adalah solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbahnya. Sunat pula pergi menunaikan solat itu dalam keadaan berjalan kaki (Hadis Ali bin Abi Talib dalam Sunan Tirmizi).

Cuma bagi yang agak jauh jarak rumah ke masjid, maka bolehlah mereka menaiki kenderaan kerana agama Islam bersikap terbuka dalam bab ini.

Di dalam Sahih Imam Muslim disebutkan bahawa Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan membaca surah al-'Ala pada rakaat pertama dan al-Ghasyiah pada rakaat kedua.

Baginda juga menyuruh seluruh umat Islam datang ke lapangan terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita, tidak kira yang tua atau muda, yang uzur atau sebaliknya. Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada di luar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi 'Atiah dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Pada pagi hari raya yang indah ini juga, sunat bagi kita memakai pakaian yang terbaik dan tercantik. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari lebaran ini juga sunat bagi kita umat Islam mengucapkan tahniah dan selamat, di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadan lepas diterima Allah.

Ya Allah ketemukan lagi Ramadhan yang akan datang...amiinn

Salam Aidilfitri Kepada Pembaca Sekalian. Maaf Zahir Dan Batin...

Rabu, 27 Jun 2012

Robert Kiyosaki, Now the right time?



Gold and Silver Secrets

Gold Investments Account ... The Truth !! - by Dean Arif

Sabtu, 26 Mei 2012

China Converting US Debt To Gold: Wikileaks

When the Dollar Collapses, This is What WILL Happen in the United States!

How the Economic Collapse Will Start

Global Financial Crisis explained in 96 seconds. be prepared!!!

China offers to buy Greek debt

The size of Greece's debt

Federal Reserve by Discovery Channel

'America will collapse'

Dexia Bank's Collapse and the European Financial Crisis

Currency Killers: Dollar, euro going down

Europe's Financial Crisis Deepens

Grubb Says European Debt Crisis Boosting Gold Demand

China encouraging citizens to buy Silver

Bloomberg Financial Analysis Report : Gold prices to hit $2000 in 2012-2014!!!

The Future of GOLD: Part 1

The Future of GOLD: Part 3

The Future of GOLD: Part 2

Gold and The New World Monetary Sytem

Robert Kiyosaki US Economic Collapse of the Dollar! Get Prepared!

Robert T. Kiyosaki Gold - The New Global Currency

GOLD VS DOLLAR

Rabu, 9 Mei 2012

Hakikat Nilai Emas Yang Kekal

Keuntungan Pelaburan Emas

Wang VS Matawang

Inflasi -bhgn.1 [video 5]

Hukum Membeli Emas & Perak Secara Ansuran/Tertangguh -bhgn.3

Hukum Membeli Emas & Perak Secara Ansuran/Tertangguh -bhgn.2

wang kertas adalah riba ciptaan yahudi Dr Danial Zainal Abidin

Dinar Emas - Halaqah TV9 Full video

Hukum Membeli Emas & Perak Secara Ansuran/Tertangguh

Jana Kekayaan Melalui Pelaburan Emas Fizikal Nikmat Pahala Menyuburkan Bumi

Sabtu, 28 April 2012

THE REAL TRUTH ABOUT FIAT MONEY AND THE BANKING SYSTEM?

Rahsia Emas Bhg 3

Rahsia Emas Bhg 2

Rahsia Emas Bhg 1

Saranan Tentang Pelaburan Emas By Dato Salleh Majid

Pelaburan Terbaik 2011 (Emas) - By Dato Salleh Majid

Pelaburan Emas Fizikal Di Malaysia (Berita TV9)

Public Gold X-Plan

Public Gold Executive Chairman Interview On TV1

public gold presentation

Public Gold On TV1 News 17/01/2010 7.00am

Public Gold On Astro Awani

Kenapa Mesti Membeli Emas

Public Gold Corporate Video